Assalamualaikum .

*Macamnilah reaksi aku fobia dekat sesuatu :P

*Macamnilah reaksi aku fobia dekat sesuatu :P
Apa khabar semua ? Hee , aku rindu gila-gila dekat blog aku yang dah berhabuk ni . Fuhh Fuhh! Kasi lap sikit .
Sekarang pukul 2:15 am . Haa , amik kau ! Pagi tak pagi aku post ini . Time-time macam ini lah aku ada semangat . Semangat taik kucing :P
Okay , berbalik pada topik asal kita . Aku nak berstory story tentang benda yang aku fobia . Setiap manusia mesti ada benda yang buat kita fobia , bukan ? Hmm , aku fobia dekat bola sepak ( dengan pemain-pemain yang tak berkualiti ) . Asal aku pergi atau lepak berdekatan dengan padang atau tempat tempat budak lelaki main bola je , mesti aku yang jadi mangsa . Banyak anggota badan aku yang aku dah uzur akibat bola sepak -.-
Tangan dah kena . Kepala , badan belakang jangan cakaplah . Bahu pun 2 kali 5 . Hidung dan perut pun mangsa juga . Haih , boleh dikatakan semualah macam ni . Aku tahulah bola tu suka aku . Dah dah , tak payah malu-malu . Kalau dah suka tu , jadikanlah aku sebagai mangsamu , wahai bola sepak ! T.T . Sakitnya , hanya tuhan sahaja yang tahu . Silap hari bulan ,binasalah badan aku . Tak mahu !
Walaupun aku suka main bola , tapi bila bab-bab aku dekat dengan 'padang' yang penuh dengan pemain bola yang ralit menendang bola ke sana sini , aku memang anti ! Kesian kau bola.. Kan kau dah kena tendang-tendang ni . Tapi nasib kau lah ya . Siapa suruh jadi bulat . Dah nama pun bola . Bola tu bola lah . Apalagi , kalau bukan bola ? Haiyaaa , dahlah tu . Semakin banyak aku menulis , semakin banyak aku merepek makan kerepek ini . Hehehe ! xD
P/S : boleh terima ke ini aku fobia dekat bola ? Tak pelik kan kan kan ? Huhu .
Bye !



